PIAGAM PELANGGAN

 

Bahawa kami warga Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah, Kluang, Johor, berjanji dan berikrar dengan penuh keinsafan, kesedaran dan keikhlasan, kami akan berusaha dengan penuh komitmen, kreatif dan dedikasi untuk:

 

1. Murid,

 

► Mendidik dengan penuh kasih sayang, adil dan saksama untuk mencapai kecemerlangan ilmu.

► Membimbing melalui latihan yang sistematik dan berterusan untuk mencapai kecemerlangan bakat (potensi).

► Mendidik dan membimbing membudayakan akhlak yang mulia melalui amalan nilai-nilai murni.

 

2. Staf,

 

► Menerima latihan dalaman dalam bidang masing-masing sekurang-kurangnya sekali setahun.

► Masalah dan kesulitan yang dihadapi akan diambil tindakan segera dalam masa tiga hari bekerja.

► Memberi layanan yang mesra dan harmonis sebagai sebuah keluarga yang akrab.

 

3. Ibu bapa dan penjaga,

 

► Memberi perkhidmatan yang mesra, peramah, cekap, tepat dan diambil tindakan segera dalam masa tiga hari bekerja

► Aduan yang diterima akan disiasat dan diberikan maklum balas dalam masa tiga hari bekerja.

► Cadangan yang baik dan munasabah akan dipertimbangkan untuk dilaksanakan.

 

4. Kementerian Pelajaran,

 

► Memastikan semua arahan dan permohonan daripada Kementerian Pelajaran diambil tindakan dalam masa dua hari selepas arahan dan permohonan diterima.