Sejarah Dan Latarbelakang
SK Seri Kampung Tengah
· Kedudukan di tengah-tengah Perkampungan Melayu dan jaraknya 5 kilometer dari Bandar Kluang.
· Keluasan 1 E, 3 R dan 37.4 P di atas tapak tanah geran 2712 dan 2731 dengan keluasan tanah keseluruhan 4 E 2 R & 30.4 P.
· Dibina pada tahun 1950 oleh penduduk kampong Tengah secara bergotong-royong.
· Bangunan asal merupakan bangunan sementara diperbuat daripada tiang kayu bulat, berdindingkan buluh-buluh yang dibelah, berbumbugkan atap daun nipah dan berlantaikan tanah.
· Bangunan sementara telah dirasmikan pada 2 Mac 1950 oleh Allahyarham YM Ungku Salleh, semasa menjawat jawatan sebagai Penolong Pegawai Daerah Kluang.
· 1954, RIDA (MARA), memberi bantuan untuk membaiki sekolah ini, dan menambah 2 bangunan Rumah Guru.
· 1974, bangunan 2 tingkat (JKR 1455) telah dibina, menempatkan Pejabat Guru Besar, 4 bilik darjah, 3 bilik setor.
· 1978 bangunan sementara yang dibina secara bergotong-royong telah dirobohkan dan diganti dengan 2 buah bangunan 2 tingkat (JKR 1692) yang mengandungi 6 buah bilik darjah dan 6 bilik setor.
· 1984 bangunan pasang siap dibina melalui “Projek Kilat”, mengandungi 2 bilik darjah (JKR 1929).
· April 1987, bangunan 3 tingkat (JKR 1993) dibina, mengandungi 12 bilik darjah dan 4 bilik setor. Bangunan kantin juga turut dibina.
· 1997, bangunan 4 tingkat dibina menyediakan kemudahan Bilik Muzik, Bilik Mesyuarat, Makmal Sains, Perpustakaan, Bengkel Kemahiran Hidup, Bilik Guru dan 6 buah bilik darjah. (Mula digunakan 1999)
· 2004 menerima kemudahan Makmal Komputer (bangunan ubah suai) terletak di tingkat bawah blok B, dan tingkat satu blok D.
· 2006 menerima kemudahan Pusat Akses.
· Akhir 2007, bangunan Pra Pendidikan Khas dibina dan mula digunakan pada tahun 2008.
· 0gos 2010 menerima bangunan Surau Baru.
· Oktober 2010 padang sekolah dibaik pulih.
· Disember 2010 bangunan 4 tingkat disiapkan mengantikan bangunan kantin
· November 2011 Bangunan Surau Lama dirobohkan dan pembinaan bangunan prasekolah dijalankan.
· Januari 2012 bangunan kantin dan pentadbiran sedia beroperasi.
· Jun 2012 bangunan pra sekolah telah digunakan untuk tujuan PDP sepenuhnya.
· Januari - Disember 2013 bangunan sekolah telah dinamakan semula Blok Rahman, Hussein, Razak & Mahathir. Pemasangan pondok menunggu bas untuk kegunaan murid-murid.
· Januari - Disember 2014 penukaran bumbung laluan pejalan kaki, pemasangan besi pagar di pondok menunggu bas. Pembinaan laluan pejalan kaki berbumbung menghubungkan Blok Mahathir dengan Blok Razak. Pengantian papan-papan kenyataan.