GURU BERTUGAS MINGGU 1

03 Jan - 07 Jan 2016

BIL GAMBAR NAMA
1.   Pn. Hjh. Zarina binti Abdullah
2.
 
Pn. Zaleha binti Tukiau @ Tugiyo
3.   Pn. Rozana binti Ab. Rahman
4.   Pn. Idazailiza binti Yahaya
5.   Pn. Sazalita binti Mohd. Sahudi
6.   En. Hatta bin Kaspin

 

 

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU

 

1. Merancang, menyedia dan menyemak kaedah-kaedah pengajaran dan program-program tugasan.

 

2. Mengajar dan memastikan disiplin serta keselamatan murid semasa bertugas.

 

3. Menyedia, memeriksa dan merekod kerja murid.

 

4. Memajukan (promote) kemajuan dan kebajikan murid dalam kelas dan memberikan bimbingan dalam perkara pelajaran, sosial dan kerjaya.

 

5. Menilai dan merekod keperluan-keperluan persendirian dan sosial murid, kemajuan dan pencapaian dan memberikan penilaian lisan dan bertulis.

 

6. Menyumbang kepada dan mengambil bahagian dalam perbincangan formal tentang kaedah penilaian prestasi dan penyemakan dan latihan dalam perkhidmatan.

 

7. Menasihat dan berkerjasama dengan guru-guru lain dalam menggubal program-program pengajaran dan kaedah-kaedah yang berkaitan.

 

8. Bekerjasama dengan agensi-agensi dan badan-badan luar.

 

9. Mempastikan keselamatan dan kelakuan murid melalui berkongsi tugas penyeliaan murid-murid yang datang atau pulang dari sekolah dan bila-bila masa mereka diarahkan berada dalam kawasan sekolah, kecuali pada waktu rehat.

 

10. Membincang dan menghubungi ibu bapa dan menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang dirancangkan.

 

11. Mengambil bahagian dalam mesyuarat dan aktiviti staf.

 

12. Berkongsi tanggungjawab untuk menanggung tugas guru yang bercuti.

 

13. Berkongsi mengelola dan mentadbir urusan yang diwujudkan akibat tugas-tugas pengajaran yang baru.

 

14. Mengambil bahagian dalam penyeliaan murid-murid untuk peperiksaan.

 

15. Menyumbang dalam urusan perlantikan dan kemajuan profesionalisme dan penilaian guru-guru baru.

 

16. Saling bekerjasama dengan rakan guru.

 

17. Menyeliakan staf sokongan.

 

18. Memesan dan mengagihkan peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan.

 

19. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

 

 

 

PIAGAM PELANGGAN

 

Bahawa kami warga Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah, Kluang, Johor, berjanji dan berikrar dengan penuh keinsafan, kesedaran dan keikhlasan, kami akan berusaha dengan penuh komitmen, kreatif dan dedikasi untuk:

 

1. Murid,

 

► Mendidik dengan penuh kasih sayang, adil dan saksama untuk mencapai kecemerlangan ilmu.

► Membimbing melalui latihan yang sistematik dan berterusan untuk mencapai kecemerlangan bakat (potensi).

► Mendidik dan membimbing membudayakan akhlak yang mulia melalui amalan nilai-nilai murni.

 

2. Staf,

 

► Menerima latihan dalaman dalam bidang masing-masing sekurang-kurangnya sekali setahun.

► Masalah dan kesulitan yang dihadapi akan diambil tindakan segera dalam masa tiga hari bekerja.

► Memberi layanan yang mesra dan harmonis sebagai sebuah keluarga yang akrab.

 

3. Ibu bapa dan penjaga,

 

► Memberi perkhidmatan yang mesra, peramah, cekap, tepat dan diambil tindakan segera dalam masa tiga hari bekerja

► Aduan yang diterima akan disiasat dan diberikan maklum balas dalam masa tiga hari bekerja.

► Cadangan yang baik dan munasabah akan dipertimbangkan untuk dilaksanakan.

 

4. Kementerian Pelajaran,

 

► Memastikan semua arahan dan permohonan daripada Kementerian Pelajaran diambil tindakan dalam masa dua hari selepas arahan dan permohonan diterima.

 

 

PN. HJH. ASHIKAH BINTI HASANUDDIN 

(GPK KOKURIKULUM)

 

Zolkapley bin Ibrahim

(GPK HAL EHWAL MURID)