VISI

 

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

 

 

MISI

 

Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah Melastarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti

Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

 

MATLAMAT

 

1. Mencapai prestasi UPSR dengan mencapai kelulusan 90% dan peratus 5A                               melebihi 15 % serta GPS 2.0

2. Mencapai prestasi kokurikulum dengan memenangi pertandingan peringkat                               Daerah dan Negeri

3. Mencapai sifar masalah disiplin murid

4. Menjadi sekolah yang indah, bersih, ceria dan bermaklumat.

5.  

 

 

MOTO

 

Berjaya Tetap Berjaya

 

 

 

SLOGAN

 

 

BERJAYA TETAP BERJAYA, BERSAMA KITA BUKTIKAN

BILIK MESYUARAT

Sejarah Dan Latarbelakang

SK Seri Kampung Tengah

· Kedudukan di tengah-tengah Perkampungan Melayu dan jaraknya 5 kilometer dari  Bandar Kluang.

· Keluasan 1 E, 3 R dan 37.4 P di atas tapak tanah geran 2712 dan 2731 dengan keluasan tanah keseluruhan 4 E 2 R & 30.4 P.

· Dibina pada tahun 1950 oleh penduduk kampong Tengah secara bergotong-royong.

· Bangunan asal merupakan bangunan sementara diperbuat daripada tiang kayu bulat, berdindingkan buluh-buluh yang dibelah, berbumbugkan atap daun nipah dan berlantaikan tanah.

· Bangunan sementara telah dirasmikan pada 2 Mac 1950 oleh Allahyarham YM Ungku Salleh, semasa menjawat jawatan sebagai Penolong Pegawai Daerah Kluang.

· 1954, RIDA (MARA), memberi bantuan untuk membaiki sekolah ini, dan menambah 2 bangunan Rumah Guru.

· 1974, bangunan 2 tingkat (JKR 1455) telah dibina, menempatkan Pejabat Guru Besar, 4 bilik darjah, 3 bilik setor.

· 1978 bangunan sementara yang dibina secara bergotong-royong telah dirobohkan dan diganti dengan 2 buah bangunan 2 tingkat (JKR 1692) yang mengandungi 6 buah bilik darjah dan 6 bilik setor.

· 1984 bangunan pasang siap dibina melalui “Projek Kilat”, mengandungi 2 bilik darjah (JKR 1929).

· April 1987, bangunan 3 tingkat (JKR 1993) dibina, mengandungi 12 bilik darjah dan 4 bilik setor. Bangunan kantin juga turut dibina.

· 1997, bangunan 4 tingkat dibina menyediakan kemudahan Bilik Muzik, Bilik Mesyuarat, Makmal Sains, Perpustakaan, Bengkel Kemahiran Hidup, Bilik Guru dan 6 buah bilik darjah.  (Mula digunakan 1999)

· 2004 menerima kemudahan Makmal Komputer (bangunan ubah suai) terletak di tingkat bawah blok B, dan tingkat satu blok D.

· 2006 menerima kemudahan Pusat Akses.

· Akhir 2007, bangunan Pra Pendidikan Khas dibina dan mula digunakan pada tahun 2008.

· 0gos 2010 menerima bangunan Surau Baru.

· Oktober 2010 padang sekolah dibaik pulih.

· Disember 2010 bangunan 4 tingkat disiapkan mengantikan bangunan kantin

· November 2011 Bangunan Surau Lama dirobohkan dan pembinaan bangunan         prasekolah dijalankan. 

· Januari 2012 bangunan kantin dan pentadbiran sedia beroperasi.

· Jun 2012 bangunan pra sekolah telah digunakan untuk tujuan PDP sepenuhnya.

· Januari - Disember 2013 bangunan sekolah telah dinamakan semula Blok Rahman,  Hussein, Razak & Mahathir. Pemasangan pondok menunggu bas untuk kegunaan murid-murid. 

· Januari - Disember 2014 penukaran bumbung laluan pejalan kaki, pemasangan besi   pagar di pondok menunggu bas. Pembinaan laluan pejalan kaki berbumbung               menghubungkan Blok Mahathir dengan Blok Razak. Pengantian papan-papan           kenyataan.